comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Keracunan makanan: Polis akan panggil katerer, penganjur, guru untuk bantu siasatan – KP Selangor 

 


Oleh Ridhwan Rusydi Azri Roslan

SHAH ALAM: Polis akan memanggil pihak katerer, guru serta penganjur program di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Sungai Chincin, Gombak bagi membantu siasatan dua kes kematian akibat keracunan makanan selepas memakan bihun dan telur goreng.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, semua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat.

“Mengenai berapa ramai yang akan dipanggil ia bergantung siasatan dan polis akan menyiasat semua pihak berkaitan.

“Saya juga difahamkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah arah untuk penutupan kantin sekolah terbabit.

“Setakat ini mangsa yang maut melibatkan lelaki berusia 17 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan dua maut akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan bihun goreng dan telur yang disediakan untuk program di sebuah sekolah di sini, pada Isnin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini