comscore
Tumpuan :
Nasional

Keputusan ujian COVID-19 tidak perlu lagi dimuat naik ke MySejahtera – KKM

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Keputusan ujian COVID-19 kini tidak perlu dimuat naik ke aplikasi MySejahtera sebaliknya hanya akan dilaporkan pengamal perubatan melalui sistem eNotifikasi, maklum Kementerian Kesihatan (KKM).

eNotifikasi adalah sistem yang diguna pakai KKM dan kesemua fasiliti kesihatan untuk memantau dan memaklumkan kes penyakit berjangkit di dalam negara.

KKM dalam hantaran di Facebook hari ini memaklumkan perkara itu berkuat kuasa semalam (15 Julai).

Menurut KKM, ujian pengesahan bagi COVID-19 juga hanya akan dilakukan melalui kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) profesional yang diselia atau dilakukan petugas kesihatan serta ujian tindak balas rantai polimerase (PCR).

“Ujian dilakukan bagi tujuan rawatan dan bukan untuk saringan,” menurut KKM.

Garis Panduan Pengurusan COVID-19 terkini boleh diakses di laman sesawang https://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata KKM akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 berikutan negara telah beralih ke fasa hidup bersama pandemik itu. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini