PUTRAJAYA: Keputusan rayuan bagi penawaran dan penempatan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bagi sesi 2023/2024, boleh disemak mulai esok.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, semakan keputusan ke sekolah khusus itu boleh dibuat melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my untuk Tingkatan 1 dan https://spskt4.moe.gov.my bagi Tingkatan 4.
Seramai 1,783 pelajar Tingkatan 1 dan 404 pelajar Tingkatan 4 ditawarkan ke SBP bagi kategori rayuan terbabit, manakala seramai 1,886 pelajar Tingkatan 1 dan 971 pelajar Tingkatan 4, ditawarkan ke SMKA.
“KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang berjaya menerima tawaran dan selamat maju jaya”, katanya.