comscore
Tumpuan :
Nasional

Keputusan permohonan melanjutkan pengajian boleh disemak mulai Rabu ini

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia akan diumumkan pada 7 Julai 2023.

Keputusan boleh disemak mulai jam 12 tengah hari sehingga 5 petang, 16 Julai 2023 melalui platform secara atas talian melalui pautan :

i. https://jpt.utm.my
ii. https://jpt.uum.edu.my
iii. https://jpt.unimas.my
iv. https://jpt.ums.edu.my
iv. http://jpt.umt.edu.my

Manakala bagi telefon pintar, semakan boleh dibuat melalui Aplikasi Mobile UPUPocket.

Pengesahan setuju atau tolak tawaran bermula 8 sehingga 16 Julai di lawan web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan sejurus calon membuat pengesahan setuju terima tawaran.

Pemohon yang tidak berjaya boleh kemuka permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dan di https://upu.mohe.gov.my bagi Politeknik dalam tempoh 10 hari bermula 7 Januari.

Sebarang pertanyaan berkenaan UPUOnline boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) secara terus melalui:

No tel : 03 – 8684 2363
Emel : [email protected]
Sistem Maklum Balas : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
UPUChat : http://upu-chat.ml/UPUChat/

Loading...
Terkini