Oleh: Juliana Sharin
PUTRAJAYA: Keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah pertimbangan ihsan Yang di-Pertuan Agong.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sama ada Yang di-Pertuan Agong beri penjelasan terhadap pengurniaan itu atau tidak, itu adalah wewenang Tuanku mengikut Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.
Jelas Datuk Seri Anwar jika mana-mana pihak inginkan penjelasan lanjut mengenai keputusan itu boleh menghantar memorundum kepada Yang di-Pertuan Agong terdahulu.
“Saya harap dengan penjelasan ini kita redakanlah kerana kita telah terima peruntukan Perlembagaan Persekutuan, kita tidak boleh menuntut penjelasan dari Lembaga Pengampunan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong dan diputuskan Yang di-Pertuan Agong itu kena faham, bukan diputuskan oleh Lembaga Pengampunan, pada hakikatnya proses itu mesti melalui lembaga. Jadi kalau yang nak tanya sila buat memorundum kepada Yang di-Pertuan Agong, yang dahululah sekarang ini dah bertukar,” katanya.
Beliau berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan De’ Seri Endon, Putrajaya.
Justeru Datuk Seri Anwar meminta agar semua perbahasan, perbincangan dan pandangan berhubung isu itu dihentikan.
“Saya juga bicara dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain agar dalam kes ini sebelum penjelasan teliti dibuat kita patut ambil pendekatan sederhanalah.
“Kita faham orang mempunyai pandangan yang kuat dan tegas jadi kita beri laluan sedikit tetapi selepas penjelasan dibuat ia harus di hentikan,” tambahnya.
Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, masih banyak lagi yang harus diberi tumpuan termasuk soal ekonomi dan penyelarasan gaji penjawat awam.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Pengampunan Najib: UMNO akan terus usahakan pembelaan
- Jangan terlanjur komen di media sosial, hormati keputusan Lembaga Pengampunan – Fahmi
- Mesyuarat Khas MKT UMNO sedang berlangsung
- Keputusan Lembaga Pengampunan kolektif, gesaan MUDA tak matang – Zaliha
- Mesyuarat khas MKT Umno esok bincang pengurangan hukuman Najib
- Kerajaan hormati keputusan, Najib masih boleh kemuka pengampunan seterusnya – PM
- Hukuman penjara Najib dipendekkan enam tahun, denda dikurang kepada RM50 juta
- PM bayangkan kemungkinan keputusan pengampunan Najib diketahui hari ini
- Pengampunan Najib: Sudah ada keputusan – PM
- Jangan buat kesimpulan, tunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan – Fahmi
- Kes Najib: Tunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan
- Keputusan pengampunan Najib dijangka diumum minggu ini – Dr Zaliha