Tumpuan :
Nasional

Kepala lori milik PPK Tanjong Karang hilang dari parkir

Foto hiasan

TANJONG KARANG: Polis menyiasat kehilangan kepala lori milik Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjong Karang yang hilang dari tempat letak kenderaannya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan jam 4.59 pagi.

“Siasatan mendapati kepala lori itu keluar melalui pintu pagar utama menghala ke Sekinchan, jam 4.25 pagi.

“Kenderaan itu adalah milik PPK Tanjong Karang,” katanya.

Azaharudin berkata, kepala lori terbabit berwarna putih selain terdapat tulisan ‘Peladang’ pada hadapan kepala lori dan logo ‘Peladang’ di kiri serta kanan pintu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi talian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini