comscore
Tumpuan :
Nasional

Kepala air Slim River: 170 mangsa banjir dipindahkan di 2 PPS

Foto: Ihsan APM

SLIM RIVER: 170 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan kejadian kepala air dan empangan pecah di Slim Village dan Ulu Slim, Slim Village, sehingga jam 1.00 pagi tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kapten (PA), Shahrizal Hussin berkata, PPS pertama dibuka di Masjid Jamek Kampung Pasir manakala yang kedua di Masjid Jamek Slim Village.

Katanya, PPS Masjid Jamek Kampung Pasir menempatkan seramai 119 mangsa membabitkan 29 keluarga.

“Jambatan besi di kampung berkenaan yang digunakan penduduk juga telah runtuh.

Foto: Ihsam APM

“Di PPS Masjid Jamek Slim Village pula seramai 51 mangsa membabitkan 12 keluarga yang terdiri daripada penduduk Kampung Slim Village,” katanya dalam satu kenyataan, pagi ini.

Shahrizal berkata, Jambatan Slim Village berdekatan Balai Polis Slim Village juga runtuh menyebabkan penduduk terputus hubungan sama ada ke arah Slim River mahu pun Tanjung Malim.

Katanya, jumlah keseluruhan mangsa yang dipindahkan setakat ini seramai 170 orang yang membabitkan 41 keluarga.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini