comscore
Tumpuan :
Nasional

Kenyataan sulung Anwar di UNGA ke-78 berani dan tegas- Penganalisis

Prof. Dr. Hamdan Mohd Salleh
Pengarah Institut Kajian Pilihan Raya & Pemajuan Demokrasi UNISEL

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PETALING JAYA:Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu UNGA ke-78 disifatkan sebagai berani dan berterus-terang.

Aspek kesejahteraan sejagat yang ditekankan pada ucapan sulungnya itu juga selari dengan kerangka Malaysia Madani yang digagaskan beliau.

Pengarah Institut Kajian Pilihan Raya & Pemajuan Demokrasi Universiti Selangor (UNISEL),Profesor Dr Hamdan Mohd Salleh berkata kenyataan Perdana Menteri seumpama itu tidak mengejutkan kerana perjuangannya sentiasa konsisten untuk melawan keganasan dan ekstremisme.

Datuk Seri Anwar juga dilihat tegas dengan pendirian untuk mengembalikan peranan PBB yang kini dilihat kabur untuk menangani isu kemanusian.

“Perdana Menteri melihat kepada PBB perlunya kembali kepada asas penubuhannya untuk melawan penindasan diskrimansi rasisme dan ketidakadilan ini aspek yang jelas hujungnya yang juga lahir daripada dasar Madani itu sendiri,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3

Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani  Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa,UUM

Sementara itu, Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa,Universiti Utara Malaysia (UUM) Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berpendapat Perdana Menteri turut membicarakan isu global yang memberi impak kepada Malaysia misalnya isu perubahan iklim.

Katanya masalah terbabit bukan sahaja memberi kesan dalam aspek kehidupan sosial malah ekonomi.

“Saya tertarik juga untuk saya sentuh disini ialah yang mana Datuk Seri Anwar juga menyentuh isu perubahan iklim yang saya rasa membelenggu kita kali ini walaupun ramai rakyat Malaysia tidak sedar isu yang berbangkit di Malaysia hari ini iaitu isu berkaitan dengan beras,pengeluaran beras yang mahal terutamanya beras import berpunca dari masalah terbabit,”katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini