comscore
Tumpuan :
Nasional

Kenderaan tenggelam dalam banjir kilat Pulau Pinang

Oleh: Selwam Arjunan

BAYAN LEPAS: Beberapa buah kenderaan tenggelam dan terkandas dalam banjir kilat, di sini, petang tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata hujan lebat menyebabkan kawasan Lebuh Nipah 2 berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Nibong dinaiki air kira-kira jam 2.20 petang.

“Jalanraya dinaiki air dengan kedalaman satu kaki akibat hujan lebat berterusan dan terdapat beberapa buah kereta terkandas.

“Tindakan mengalihkan kenderaan ke tempat selamat dilakukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak.

“Bagaimanapun tiada mangsa yang dilaporkan terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, keadaan di lokasi kejadian berada dalam keadaan terkawal dan banjir sedang beransur surut.

Bagaimanapun, pihaknya masih melakukan kerja-kerja pemantauan di sekitar kawasan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini