comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kenderaan elektrik, tenaga solar kursus baharu TVET

MELAKA: Kursus baharu berkaitan kenderaan elektrik (EV) dan tenaga solar akan diperkenalkan di bawah Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) menerusi peruntukan RM6.8 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2024, kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keutamaan akan diberikan kepada Melaka yang dilihat sangat komited membangunkan industri TVET.

Foto hiasan

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata, ia selari dengan dasar kerajaan Melaka yang kini memberi fokus kepada teknologi terbabit yang kini mendapat permintaan tinggi pelabur untuk tenaga boleh baharu (renewable energy).

“Ia adalah peluang terbaharu yang ditawarkan Melaka sesuai dengan permintaan guna tenaga sumber manusia bagi tenaga boleh baharu dan juga keperluan guna tenaga untuk pekerjaan berteknologi tinggi.

“Bukan sahaja pelabur akan datang ke Melaka tetapi pelabur di negeri lain mungkin memerlukan tenaga yang sama dan TVET ini boleh diperkasakan di Melaka,” katanya pada pemberita selepas merasmikan Pejabat Umno Bahagian Tangga Batu, di Cheng di sini hari ini.

Turut sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Umno Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin.

Beliau berkata peruntukan RM6.8 bilion itu juga akan diguna untuk meluaskan institusi TVET di seluruh negara bagi menambah jumlah pelajar untuk mengikuti kursus baharu.

Malaysia kini mempunyai 1,334 TVET di seluruh negara membabitkan 12 kementerian yang fokus memberi latihan kemahiran kepada rakyat.

Loading...
Terkini