Tumpuan :
Nasional

Kenderaan bertembung, pesara maut isteri parah

Foto Ihsan BBP Semporna JBPM Sabah

Oleh: Safwan Sawi

SEMPORNA : Seorang pesara Jabatan Perhutanan maut, manakala isterinya parah selepas kenderaan dinaiki bertembung sebuah lori di Kilometer 31 Jalan Semporna-Tawau, pagi tadi.

 

Karisia Abd Mulah, 65 tahun, yang memandu Toyota Fortuner disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala isterinya, Nafsah Amir, 58 tahun, parah dengan kedua-duanya berada di tempat duduk masing-masing.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata siasatan awal mendapati pemandu lori berusia 58 tahun tidak sempat mengelak sebelum bertembung Toyota Fortuner yang terbabas dan memasuki laluan bertentangan itu.

“Pemandu kenderaan tidak disyaki mabuk namun sampel darah diambil untuk ujian alkohol dan dadah.” Katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Farhan lagi ketika kejadian keadaan jalan basah akibat cuaca hujan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata, sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) (EMRS) dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 10.02 pagi.

Loading...
Terkini