Oleh: Fahiz Ariff
PUTRAJAYA: Kenderaan yang membawa Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dilihat meninggalkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, sekitar pukul 10.20 malam.
Bagaimanapun, cubaan Buletin TV3 untuk mendapatkan reaksi berkaitan proses memberi keterangan yang telah berlangsung selama lebih lima jam daripada pasangan pengasas platform fesyen tersebut gagal, susulan mereka enggan menggulas mengenainya.
Namun, proses mengambil keterangan melibatkan pasangan itu akan bersambung 10 pagi esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Kenderaan yang membawa pasangan pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dilihat meninggalkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sekitar pukul 10.20 malam. pic.twitter.com/7yMtKn0T3U
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) November 5, 2024
Terdahulu, SPRM bertindak memulakan siasatan terhadap kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dalam FashionValet.
Difahamkan siasatan itu dijalankan kerana jumlah kerugian yang direkodkan kedua-dua agensi berkaitan kerajaan berkenaan terlalu besar dan membabitkan kepentingan awam.
Antara fokus siasatan adalah berkaitan pengurusan kewangan dalam pelaburan itu serta unsur-unsur rasuah dalam perniagaan itu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.