comscore
Tumpuan :
Nasional

Kemunculan buaya: Orang ramai diminta berhati-hati beriadah di Tasik Shah Alam

SHAH ALAM: Orang ramai diminta berhati-hati ketika beriadah di Tasik Shah Alam Seksyen 7 selepas terdapat satu muat naik di Facebook mengenai kemunculan seekor buaya di kawasan itu.

Peringatan itu dikeluarkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini.

“Lanjutan dari posting di Facebook, terdapat kehadiran seekor buaya di Tasik Shah Alam Seksyen 7, MBSA menerusi Jabatan Kesihatan dan Persekitan dan Jabatan Perhilitan mengambil maklum perkara itu dan sedang mengambil tindakan lanjut.

“Orang ramai diminta untuk berhati-hati ketika beriadah di Taman Tasik Shah Alam Seksyen 7,” jelas MBSA.

Pada tahun 2019, suasana di Tasik Shah Alam, Seksyen 14 gempar apabila seekor anak buaya tembaga ditemui di pam air tasik itu.

Reptilia sepanjang 0.6 meter itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan jam 9.30 pagi sebelum menghubungi bomba.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini