![](https://media.buletintv3.my/2024/09/BUAYA-3.jpg)
SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam hari ini mengadakan lawatan tapak dan perbincangan bersama pihak Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor berkenaan kemunculan seekor buaya di tasik Seksyen 7, seperti yang telah tular di media sosial.
Perbincangan mengenai isu ini telah dihadiri oleh Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam Mohd Azhar Mohd Sharif, Pengarah Kesihatan Persekitaran Norhisham Mohammad, Timbalan Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor Mohd Amir Abu Bakar, Pasukan PANTAS MBSA serta pegawai-pegawai dari kedua-dua agensi di lokasi yang dinyatakan.
Sebagai langkah keselamatan, MBSA telah memasang tali penghadang di sekitar kawasan berkenaan dan akan membuat pemantauan dari masa ke semasa.
Selain itu, Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor juga akan meletakkan tanda peringatan di sekitar tasik itu serta memasang perangkap bagi menangkap buaya tersebut.
Orang ramai diminta untuk berhati-hati dan jika perlu, elakkan beriadah di sekitar kawasan berkenaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.