Tumpuan :
Nasional

Kemuka cadangan penambahbaikan PPS – TPM Fadillah

SERIAN: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian diminta untuk memberikan cadangan dan mengenalpasti jenis-jenis penambahbaikan yang perlu dilakukan di setiap Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di bahagian dan daerah masing-masing.

Cadangan itu bagi membolehkan peruntukan berkaitan disediakan untuk menaiktaraf PPS terlibat bagi memberikan keselesaan kepada mangsa bencana yang dipindahkan ke PPS terbabit.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata saranan itu sesuai dengan pengumuman oleh Pengerusi Majlis Bencana Negara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut mencadangkan pembinaan PPS kekal yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.

Walaupun PPS kekal itu tidak dapat disediakan disemua tempat namum penambahbaikan PPS sedia ada adalah perlu untuk memberikan kemudahan yang baik kepada mangsa-mangsa bencana yang dipindahkan.

“Untuk kita kenalpasti apa lagi kekurangan dan kita boleh sediakan kenudahan untuk masa akan datang secara kekal khususnya tandas dan juga bilik mandi dan kalau perlu kadang-kadang kita memerlukan tempat untuk memasak dan sebagainya.

“Itu perlu disediakan sebagai sebahagian asas untuk keselesaan setiap mangsa yang dipindahkan sementara ketika berlakunya bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di Stadium Terbuka Bola Keranjang di Serian.

Menurutnya, kesemua perkaran itu sudah dimaklumkan kepada pegawai daerah dan Pejabat Residen Bahagian untuk mengemukakan cadangan berkaitan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) untik dipanjangkan ke Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Ia bagi membolehkan setiap cadangan terbabit dapat dikemukan diperingkat persekutuan untuk dipertimbangkan dan diperhalusi.

Cadangan itu juga katanya berupaya menjadi panduan di peringkat persekutuan untuk membantu menyediakan tempat yang selesa dan bersesuaian bagi menempatakan mangsa-mangsa bencana.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini