comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jentera kerajaan perlu berganding bahu noktahkan kemiskinan tegar

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

NILAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa jumlah kemiskinan tegar dalam negara perlu dinoktahkan tahun ini.

Beliau berkata sehubungan itu semua jentera kerajaan terutama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan agensi di bawahnya perlu digerakkan segera ke arah memuktamadkannya.

“Kalau tidak kita hanya bincang High Speed Railway, ECRL, Projek Mega Twin Tower, Kota Bharu, Putrajaya tapi yang miskin beli susu anak pun tak cukup, beli pakaian sekolah pun tak cukup wang, itu yang kita berikan keutamaan.

FOTO: NSTP

“Semua kelompok-kelompok kecil miskin kaum termasuk kaum miskin Cina, India, orang asli dan di pedalaman Sabah dan Sarawak perlu dibantu,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Karnival Desa Usahawan di Dataran Nilai, Negeri Sembilan.

Ujar Perdana Menteri lagi, setakat ini 60 peratus golongan miskin tegar sudah dibantu kerajaan.

Pada majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Muhammad Hassan dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Loading...
Terkini