comscore
Tumpuan :
Nasional

Kementerian sokong tindakan PDRM tangani doktrin GISBH – Nai’im 

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri menyokong penuh tindakan penguatkuasaan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani isu fahaman disyaki sesat yang cuba didoktrinkan oleh Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar, berkata tindakan diambil Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ke atas individu terbabit adalah berlandaskan undang-undang.

Menurutnya,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah diarahkan untuk memberikan kerjasama penuh kepada PDRM bagi membantu proses siasatan.

“Jakim sudah mengadakan pertemuan bersama Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) bagi menyelaras tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri.

“Isu berkaitan doktrin fahaman GISBH akan dibawa sebagai salah satu isu untuk dibincangkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

“Jawatankuasa berkenaan yang dianggotai oleh Datuk Nooh Gadot danAshabus Samahah Mufti Negeri-Negeri dijangka akan bersidang pada 24 hingga 26 September,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harian Metro dan Metro Ahad menerusi laporan eksklusif sejak 7 September lalu melaporkan, bakar tangan, cabut rumput sehingga penuh plastik hitam dan salah laku seksual antara bentuk penderaan yang dilakukan sebuah rumah kebajikan yang bernaung di bawah syarikat berkaitan produk Islam terkenal

Pendedahan akhbar itu, ia turut mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyelamatkan kanak-kanak terancam dan perlukan perlindungan.

Susulan itu, polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global pada 10 September lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini