comscore
Tumpuan :
Nasional

Kementerian Komunikasi pastikan ikhtiar Belanjawan 2025 difahami rakyat – Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi komited memastikan semua pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung Belanjawan 2025 akan sampai kepada setiap lapisan masyarakat di seluruh negara.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Jabatan Penerangan dan Komuniti MADANI akan digerakkan bagi mencapai tujuan tersebut.

“Ini bagi memastikan lebih daripada 50 ikhtiar yang telah diumumkan Perdana Menteri, difahami dan diterapkan supaya semua peringkat masyarakat mendapat maklumat ini.

“Bukan hanya melalui media sosial, tetapi juga di peringkat akar umbi,” katanya pada sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2025 dengan peruntukan RM421 bilion, mengekalkan belanjawan mengembang meliputi RM335 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM86 bilion untuk pembangunan, tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini