comscore
Tumpuan :
Nasional

Kementerian Kewangan nafi tambahan STR RM600

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) menafikan kesahihan maklumat mengenai pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tambahan sebanyak RM600 seperti yang tular di media sosial.

Kementerian itu menerusi hantaran di facebook menjelaskan STR Fasa 3 disalurkan pada 26 Jun lalu dan  tempoh permohonan rayuan juga dibuka mulai 3 hingga 31 Julai ini bagi memastikan program itu disasarkan kepada yang layak.

Pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menerusi pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar sebaliknya merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih,” menurut kenyataan itu.

Loading...
Terkini