comscore
Tumpuan :
Nasional

Kemenangan BN di PRK DUN Mahkota bukti kejayaan kerajaan satukan pelbagai kaum

Oleh: Hilmi Abdul Malik 

SEREMBAN: Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota menjadi bukti kerajaan berjaya menyatukan sokongan pelbagai kaum.

Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, keputusan itu juga memberikan signal positif terhadap kerajaan bagi meneruskan agendanya.

“Buktinya ialah calon Perpaduan diwakili BN memenangi semua daerah mengundi malah semua saluran beliau (Syed Hussien) menang.

“Ini berbanding dulu semasa BN berdepan dengan PN atau PH, ada daerah-daerah mengundi yang mereka kalah khsusunya kawasan bukan Melayu tetapi semalam jelas bahawa mereka menang di semua saluran di semua kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri Konvensyen DAP Negeri Sembilan penggal ke-20 di sini, hari ini.

Tambahnya, keputusan yang memihak kepada Kerajaan Perpaduan itu semalam juga sedikit sebanyak memberikan petanda positif buat kerajaan bagi mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Bagaimanapun, semua pihak tidak boleh terlalu selesa dengan pencapaian yang diperoleh sebaliknya perlu bersedia dengan perubahan dinamika politik.

“Kita kena faham sentimen pengundi boleh berubah bila-bila masa. Kita menang tetapi kita juga perlu ambil maklum bahawa ada sebahagian besar pengundi tidak keluar mengundi jadi sebahagian besar pengundi yang tak keluar sama ada mereka menyokong atau tidak, kalau mereka keluar mengundi tak sokong kita pun jadi masalah juga,” katanya lagi.

PRK Mahkota menyaksikan calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah menang 27,996 undi dengan majoriti sebanyak 7,347 undi.

PRK Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya  Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, pada 2 Ogos lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini