KUALA LUMPUR: Selepas Mahkamah Rayuan semalam membuat keputusan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas didapati bersalah membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, kembali tular satu rakaman video lama.
Video berkenaan memaparkan reaksi bekas penuntut terbabit selepas keluar dari mahkamah, dipercayai pada tahun 2019.
Kebanyakan portal-portal tempatan didapati menyiarkan semula video itu sejak petang semalam.
Memetik laporan Oh Bulan, menerusi video tersebut kelihatan ada antara tertuduh tersenyum selepas terlepas daripada hukuman gantung atas kesalahan membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Enam tertuduh ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Manakala di ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa syukur dan lega kerana akhirnya keadilan berpihak kepada Allahyarham Zulfarhan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa