KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) menyifatkan pemergian bintang legenda, Datuk M Daud Kilau, 85, sebagai kehilangan besar dalam industri kreatif tempatan.
Presiden SENIMAN, Zed Zaidi berkata, keunikan Allahyarham tiada galang ganti, apatah lagi pengaruh dan impaknya cukup besar.
“Pemergian Allahyarham M Daud kehilangan besar kerana beliau artis yang unik dan susah hendak dapat… Ada beliau seorang sahaja di Malaysia.
“Saya sempat melawat arwah sebelum ini. Kehilangannya sangat terasa kepada diri saya dan industri kreatif,” katanya.
M Daud menghembuskan nafas terakhir di Hospital Teluk Intan (HTI), Teluk Intan pada jam 4.40 petang tadi.