Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kematian Kok Thiam diklasifikasikan SDR

KUALA LUMPUR: Polis mengklasifikasi kematian ahli perniagaan yang dikaitkan dengan Jho Low, iaitu Kee Kok Thiam, sebagai mati mengejut (SDR).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kematian Kok Thiam, 56, disebabkan faktor kesihatan.

“Kes ini polis siasat sebagai SDR (mati mengejut) dan tiada unsur jenayah,” katanya.

Terdahulu, Firma Guaman Valen, Oh & Partners dalam kenyataan hari ini, memaklumkan, anak guam mereka meninggal dunia pada Isnin lalu di sebuah hospital akibat strok.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Kok Thiam sudah dihantar pulang dari Macau kerana tinggal lebih masa.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 3 Mei lalu dan diarahkan pergi ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 10 pagi hari sama.

Semalam, Al Jazeera melaporkan bahawa Kok Thiam memberitahu SPRM, beliau bertemu Jho Low dan buruan kes 1MDB lain termasuk Eric Tan Kim Loong, Casey Tang Keng Chee, Geh Choh Heng dan Nik Faisal Ariff Kamil di Macau.

Loading...
Terkini