comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kematian keropok racun: Petani direman 6 hari


Oleh: Selwam Arjunan

KULIM: Seorang petani direman selama enam hari bermula hari ini berhubung kes dua kanak-kanak termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini, Ahad lepas.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Kulim, Mirza Mohamad bagi siasatan bersabit pengabaian terhadap kanak-kanak dan kelakuan cuai berkenaan benda beracun.

Terdahulu, suspek berusia 33 tahun berpakaian lokap dibawa ke Mahkamah Sesyen Kulim kira-kira jam 8 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Supritenden Mohamad Azizul Khairi berkata suspek ditahan ketika berada di Serdang, Kedah atas urusan peribadi, semalam.

Dia yang bertani sendiri didapati negatif dadah hasil ujian saringan dan tiada rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.

Semalam, media melaporkan kanak-kanak berusia 3 tahun, Muhammad Akil Syauqi yang termakan makanan ringan dicampur racun tikus meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira jam 8.40 pagi.

Terdahulu, dia dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, dilaporkan kritikal selepas termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, Ahad lepas.

Makanan ringan berupa keropok itu digantung pada pagar dawai dikatakan dipasang pemilik kebun, bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanamannya.

Kedua-dua kanak-kanak malang itu dikejar ke HPP selepas menerima rawatan di Hospital Kulim.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini