Tumpuan :
Nasional

Kematian anggota Palapes UiTM tiada unsur jenayah

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan mengesahkan Polis Selangor menerima laporan mengenai video tular yang dikaitkan dengan Dr Agus. – FOTO: NSTP

Oleh: Hilmi Abdul Malik

SHAH ALAM: Kematian seorang anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, mangsa berusia 25 tahun itu sebaliknya meninggal dunia akibat strok haba.

“Kita dah rakam keterangan 64 individu untuk membantu siasatan dan kertas siasatan juga telah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya.

“Mahkamah telah putuskan tidak berlaku sebarang kesalahan atau unsur jenayah daripada mana-mana bagi kes berkenaan,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Pada 13 November lalu, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.01 pagi.

Hasil bedah siasat juga tidak menemui sebarang kecederaan fizikal pada tubuh mangsa.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan telah didenda melakukan tekan tubi oleh jurulatih sebelum rebah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini