comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kematian Afham: Proses bedah siasat jenazah bermula pagi ini

Oleh: Fareez Azman

SHAH ALAM: Proses bedah siasat jenazah Allahyarham Nidza Afham Mokhtar 23, yang ditemui di Sungai Klang petang semalam akan dijalankan pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan abang iparnya, Effie Amron, 34, ketika ditemui Buletin TV3 di Jabatan Forensik Hospital Shah Alam (HSA) sebentar tadi.

Turut kelihatan, beberapa ahli keluarga Allahyarham mula tiba di Jabatan Forensik HSA.

Jenazah Allahyaham dibawa ke HSA kira-kira jam 10.30 malam semalam.

Mayat mangsa sebelum itu ditemui berhampiran Jalan Tepi Sungai, Sungai Kolok berdekatan Sungai Klang, kira-kira jam 7 petang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan mayat lelaki dijumpai itu dipercayai milik Nidza Afham.

Mangsa dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3)

Polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada adik mangsa pada jam 4.22 pagi, yang menyatakan abangnya ketika itu memakai baju berwarna biru hitam keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk beriadah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini