comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kematian Afham: Keluarga harapkan jenazah tiada kecederaan – Kakak

Oleh: Fareez Azman

SHAH ALAM: “Kita harapkan yang baik-baik pada jenazah adik saya,” itu luah kakak kepada Allahyarham Nidza Afham Mokhtar, 23, penyanyi yang ditemui di Sungai Klang, petang semalam.

Jelas Nur Irfahanie Mokhtar, 30, ahli keluarga mengharapkan tiada apa-apa unsur jenayah dalam kes adiknya itu.

“Kita harap yang baik-baik, takda ada sebenarnya, sebab kita tak tahu keadaan jenazah keadaan macam mana dia ada kecederaan ke apa ke.

“Saya harap yang baik-baik, supaya dia tak terseksa,” katanya.

Mengulas lanjut, tambah Nur Irfahanie, pengecaman jenazah telah dilakukan suaminya, Effie Amron, 34, di lokasi kejadian.

“Saya buat pengecaman jenazah jam 8 malam, kita kena tengok betul-betul mimik muka dia (Allahyarham) lah dengan baju dia pakai ada orang nampak baju Afham tu, ” katanya.

Mayat mangsa sebelum itu ditemui berhampiran Jalan Tepi Sungai, Sungai Kolok berdekatan Sungai Klang, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan turut mengesahkan mayat lelaki dijumpai itu ialah Nidza Afham.

Mangsa dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.

Polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada adik mangsa pada jam 4.22 pagi, yang menyatakan abangnya ketika itu memakai baju berwarna biru hitam keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk beriadah.

Buletin TV3 akan membawakan perkembangan terkini dari semasa ke semasa dan perjalanan terakhir Allahyarham Nidza Afham.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini