comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kematian Afham: Jenazah akan dikebumikan di Puncak Alam – Kakak 

Oleh: Fareez Azman

SHAH ALAM: Jenazah penyanyi, Nidza Afham Mokhtar, 23, yang ditemui di Sungai Klang pada petang semalam akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Puncak Alam.

Perkara itu dimaklumkan kakaknya, Nur Irfahanie Mokhtar, 30, ketika ditemui media sebentar tadi.

“Adik saya akan dikebumi di Tapak Perkuburan Islam Puncak Alam bergantung kepada keputusan hari ini,” jelasnya.

Tambah Nur Irfahanie, ibunya paling terkesan dengan berita itu selepas diberitahu oleh pihak polis petang semalam.

“Mak saya paling lemah masa ini, sebab dia memang tinggal berdua dengan Afham, saya banyak kali cakap Umi tinggal la dengan Effa, tapi dia cakap dia nak duduk dengan Afham, dia tak puas duduk dengan anak.

“Semuanya Allah dah atur sebenarnya. Dari jam 4 pagi kelmarin kawan-kawan abang, suami saya sendiri ke setiap tempat masjid dan klinik tapi kita tak jumpa mangsa,” katanya lagi.

Turut hadir di Jabatan Forensik, Hospital Shah Alam hari ini, beberapa ahli keluarga Allahyarham.

Semalam, mayat Allahyarham ditemui kira-kira 1 kilometer dari lokasi terakhir penemuan dompet dan telefon bimbitnya di Jambatan Kota, Klang.

Allahyarham sebelum itu dilaporkan hilang selepas keluar jogging menaiki e-hailing ke Stadium Klang.

Bagaimanapun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakamkan kelibat Allahyarham sedang berjalan melintas beberapa premis berhampiran Masjid India Muslim Tengku Kelana sebelum hilang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini