comscore
Tumpuan :
Nasional

[KEMAS KINI] : Kanak-kanak 2 tahun jatuh longkang, ditemukan lemas 

MELAKA : Kanak-kanak berusia dua tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Goodwood, Bukit Baru, semalam, ditemukan lemas di Taman Desa Baru, pagi tadi.

Mayat Muhammad Danish Mohd Faizal, dijumpai terapung dalam longkang di taman berkenaan, pada jam 9.30 pagi, kira-kira 1.3 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang semalam.

Pegawai zon satu, Jabatan Bomba dan Penyelamat, (JBPM), Melaka, Zulkhairani Ramli berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui seorang penduduk sebelum memaklumkan kepada pasukan penyelamat di air, (PPDA), Balai Bomba dan Penyelamat, (BBP), Melaka.

”Orang kampung ada bagi info kat kita yang mana ada satu objek yang timbul di kawasan Taman Desa Baru jadi apa yang kami buat kami hantar jugak pasukan penyelamat ke sana and membuat pemeriksaan  yang mendapati dia adalah mayat seorang kanak-kanak lah.,” katanya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat, (JBPM), Melaka, Zulkhairani Ramli

Menurutnya, mayat mangsa ditemui dalam longkang selebar tiga meter pada kedalaman hampir dua meter selepas pencarian dilakukan selama 18 jam sejak petang semalam.

Ujarnya, ketika ditemui, mayat kanak-kanak terbabit dalam keadaan sempurna tetapi terdapat kesan kecederaan di kepala.

Operasi mencari dan menyelamat  pagi tadi dilakukan dengan kerjasama penduduk setempat.

 

”Saya cari daripada atas kat tempat punca dia hilang satu sungai ke satu point je satu point tadi la pastu saya masuk 1 poin poin saya pegi ke poin sungai ni last sekali jumpa dia kat sini lah,” ujar penduduk, Mohd Ariffin Zulkifli.

Kejadian jam 3.30 petang semalam berlaku ketika ibu dan bapa mangsa sedang berniaga di Taman Goodwood.

Mangsa ketika itu sedang bermain dengan abangnya berdekatan longkang yang dipenuhi air berikutan hujan lebat sejak tengah hari.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini