comscore
Tumpuan :
Nasional

Proses bedah siasat selesai, jenazah Nizasuhana, Muhammad Danial dituntut waris

Oleh: Izzatie Rizan

PUTRAJAYA: Jenazah jurutol, Nizasuhana Ujang 28, yang meninggal dunia selepas terbabit kemalangan berhampiran pusat komersil disini awal pagi tadi dituntut waris kira-kira jam 9.50 malam tadi.

Jenazah Nizasuhana dituntut ahli keluarganya selepas prosedur bedah siasat selesai dijalankan bagi urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Balakong, malam ini.

Proses bedah siasat dilakukan Jabatan Forensik Putrajaya disini yang bermula tepat jam 1 tengahari.

Selain Nizasuhana, mangsa lain yang meninggal dunia ialah Muhammad Danial Mohd Nuzi, 24; Amizan Sapiie, 27, dan Nurulhuda Ramli, 41.

Sementara itu, mayat ketiga, Muhammad Danial yang turut terkorban dalam kejadian sama selesai menjalani proses bedah siasat pada jam 10.05 malam .

Jenazah dituntut bapa mangsa dan dibawa pulang ke kediaman di Taman Seri Pancaran, Bestari Jaya menaiki kenderaan jenazah.

Menurut bapa arwah, Mohd Nuzi berkata jenazah akan dimandikan esok pagi pada jam 8 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bestari Jaya dan sebelum itu jenazah akan disolatkan di Masjid Al Awwabin, Bestari Jaya.

Turut dimaklumkan jenazah seorang lagi mangsa, Amizan Sapiie, 27, sudah selesai bedah siasat dan menunggu waris untuk menuntut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini