comscore
Tumpuan :
Nasional

Kemalangan maut tiga anggota: TDM tubuh Lembaga Siasatan Dalaman

FOTO: Ihsan PDRM

ALOR SETAR: Tentera Darat Malaysia (TDM) meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi berhubung kemalangan maut pagi tadi yang membabitkan tiga anggotanya dekat Gurun, pagi tadi.

TDM dalam kenyataan berkata, satu Lembaga Siasatan Dalaman akan ditubuhkan bagi menyiasat kes itu dan menggesa agar gambar mereka yang terbabit tidak disebarkan bagi menghormati mangsa dan pihak keluarga.

Kenyataan itu mengesahkan bahawa tiga anggota yang maut dalam nahas di Kilometer 75 Lebuhraya Utara Selatan pada jam 10.45 pagi tadi terdiri daripada Sarjan Rozali Abdul Rani, Koperal Mohd Asri Idris dan Lans Koperal Mohd Hafiz Haris.

“Ketiga-tiga anggota itu dari Pasukan 3 Rejimen Sempadan (RS) yang berpangkalan di Kem Pengkalan Hulu, Perak, sedang dalam konvoi membabitkan tiga kenderaan tiga tan menuju ke Markas 30 Briged, Kem Bukit Cowder, Kangar, Perlis untuk mengambil anggota yang menjalani Eksesais Satria Gagah,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya, sebuah kenderaan dalam konvoi berkenaan telah mengalami kerosakan, menyebabkan mereka terpaksa berhenti di sebelah laluan kiri lebuh raya, sebelum dirempuh oleh sebuah treler di lokasi kejadian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini