comscore
Tumpuan :
Nasional

Kemalangan: Kereta terbakar 100%, mangsa cedera ringan

 

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

SEREMBAN: Sebuah kereta jenis Proton Saga FLX musnah 100 peratus akibat melanggar bongkah batu di tengah jalan pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasj Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan dalam satu kenyataan berkata mangsa kejadian merupakan seorang wanita berbangsa India.

Dalam kenyataan sama, dimaklumkan bongkah batu berkenaan terjatuh dari sebuah lori treler.

Kejadian berlaku di Jalan Mambau Seremban 2 Negeri Sembilan dan pihak bomba menerima panggilan pada jam 7:28 pagi.

Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2 digerakkan ke lokasi kejadian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini