Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid
PETALING JAYA: Bapa kepada mangsa yang disahkan meninggal dunia, Wan Zainal Adileen memaklumkan kepada Buletin TV3 bahawa keluarganya akan ke New Zealand bagi pengurusan jenazah anak mereka, Wan Nur Adlina Alisa.
Namun ketika ini, belum dapat dipastikan sama ada jenazah akan dibawa pulang ke tanah air atau dikebumikan di sana.
“Proses pengebumian sama ada di sana atau di Malaysia setakat ini kemungkinan besar akan diadakan di malaysia akan ditentukan nantilah dalam sehari dua” ujar Wan Zainal Adileen ketika dihubungi.
Sementara itu, Mohd Fairusham Che Mat Zain, bapa kepada Muhammad Faris memaklumkan, anaknya berada di Hospital Christchurch dan berada di dalam keadaan stabil.
Susulan nahas itu, Muhammad Faris, 21 , pelajar tahun 2 di Universiti Of Wellington ini mengalami keretakan di bahagian bahu.
“Kami pun terperanjat dan sedih mendapat berita tentang kemalangan ni, lebih-lebih lagi kami dapat tahu apabila melibatkan kematian”
“Walaupun tidak melibatkan anak kami tapi semua tu adalah merupakan kawan-kawan yang saya difahamkan juga, pelajar yang meninggal tu pernah datang rumah kami untuk berbuka puasa,” ujar Fairusham ketika dikunjungi Buletin TV3 di kediamannya di ibu negara.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.