SEPANG: Kemalangan membabitkan lori treler di KM31.3 arah selatan berhampiran bandar Gamuda Cove menyebabkan semua lorong di Lebuhraya ELITE arah selatan serta lorong kanan dan tengah arah utara ditutup.
Menurut kenyataan dari FB Lembaga Lebuhraya Malaysia pagi tadi, semua kenderaan arah ke selatan dilencongkan keluar ke Plaza Tol KLIA.
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) August 28, 2023
Sehingga jam 8 pagi tadi, trafik dilaporkan bergerak perlahan sepanjang 3 kilometer di kedua-dua arah.
Berita lanjut menyusul.