comscore
Tumpuan :
Nasional

Keluarga Zayn Rayyan akan buat laporan polis kes penyebaran maklumat fakta siasatan

Peguam, Fahmi Abd Moin. – FOTO: NSTP

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Penyebaran maklumat fakta siasatan berkaitan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin adalah fitnah dan keluarga kanak-kanak itu akan membuat laporan polis.

Peguam yang mewakili keluarga berkenaan, Fahmi Abd Moin, berkata penyebaran maklumat berkenaan adalah fitnah jenayah.

“Pihak kami sebagai peguam telahpun maklum tentang hal ini semalam dan pihak kami juga telah berbincang dengan keluarga Zaim Ikhwan dan saya telahpun mencadangkan agar satu laporan polis dibuat agar polis menyiasat dengan lebih lanjut.

“Saya difahamkan pada hari ini pihak keluarga telahpun bercadang untuk membuat satu laporan polis, cuma pada setakat ini saya belum menerima maklum balas sama ada telah dibuat atau tidak,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Tegasnya lagi tindakan itu merupakan satu kesalahan fitnah jenayah.

Maka siasatan ke atasnya perlu dilakukan bagi mengetahui sumber dan pihak yang bertanggungjawab.

“Kerana ianya sangat menjejaskan reputasi serta ianya boleh dikategorikan sebagai satu fitnah jenayah di bawah kanun keseksaan dan ianya boleh disiasat dibawah Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan,” tambahnya.

Terdahulu, Bukit Aman akan menjalankan siasatan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung penyebaran maklumat kononnya fakta siasatan berkaitan kes pembunuhan Zayn Rayyan di media sosial, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dilaporkan berkata penyebaran maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya sedemikian adalah satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab.

Berikutan itu, katanya pihaknya akan menghubungi MCMC bagi menyekat penyebaran maklumat yang tidak sahih sehingga boleh mengganggu perjalanan perbicaraan kes kanak-kanak autisme itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini