Tumpuan :
Nasional

Keluarga mangsa tanah runtuh dibantu segera

Ibu mangsa tidak dapat menahan kesedihan ketika berada di lokasi kejadian tanah runtuh yang menghempap rumah hingga menyebabkan dua anaknya maut. FOTO: NSTP

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

HULU TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu menyediakan rumah sewa kepada keluarga mangsa tanah runtuh di Kampung Bukit Apit, di sini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim, pihaknya telah menyewa sebuah rumah di kawasan berdekatan lokasi kejadian untuk didiami keluarga itu bermula malam ini.

“Kami akan menguruskan semua keperluan keluarga mangsa, termasuk rumah sewa dan akan menguruskan semua pengebumian dua beradik yang meninggal dunia itu”, katanya.

Maliaman berkata demikian ketika ditemui di Surau Bukit Apit.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu Maliaman Kassim (kanan) ketika ditemui di Surau Bukit Apit, Ajil.

Dalam kejadian tanah runtuh jam 4.30 petang tadi, dua beradi maut selepas rumah mereka dihempap tanah runtuh di Kampung Bukit Apit, Ajil di sini.

Seorang lagi iaitu abang mangsa ditemui selamat dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini