comscore
Tumpuan :
Nasional

Keluarga ibu bapa Zayn Rayyan lantik bekas TPR jadi peguam baharu

Bekas Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi Abd Moin. – FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Fahmi Abd Moin, bekas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) mengesahkan akan mewakili ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditahan polis, Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes pembunuhan.

Fahmi berkata, pihak keluarga ibu bapa Zayn sudah melantiknya sebagai peguam untuk mewakili pasangan itu.

“Saya dilantik untuk mewakili mereka berdua (ibu bapa Zayn)

“Insya-Allah saya akan hadir (prosiding di mahkamah Jumaat ini).

Pelantikan Fahmi sebagai peguam baharu untuk mewakili ibu bapa kanak-kanak autisme itu turut disahkan datuk allahyarham, Zahari Mohd Reba.

Semalam, peguam yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan, Mahmud Abdul Jumaat, menarik diri sebagai peguam mereka.

Mahmud Abdul Jumaat dalam kenyataan berkata, keputusan itu terpaksa dibuat kerana mahu memberi tumpuan kepada beberapa kes lain yang sedang dikendalikannya.

Berikutan itu, beliau yang juga peguam daripada firma guaman Tetuan Emir Mahmud & Co memutuskan untuk menarik diri dari mewakili ibu bapa Zayn Rayyan yang kini sedang direman tujuh hari bermula Sabtu lalu.

Loading...
Terkini