comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Keluarga bapa Zayn Rayyan hadir ke mahkamah

Keluarga kepada bapa kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiiin yang mati dibunuh tiba di Kompleks Mahkamah di sini.

Oleh: Fahmi Tajuddin

PETALING JAYA: Keluarga kepada bapa kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiiin yang dibunuh tiba di Kompleks Mahkamah di sini sebentar tadi.

Mereka yang tiba pada jam 10.55 pagi terdiri daripada ibu, bapa yang juga datuk dan nenek kepada kanak-kanak malang, Zayn Rayyan.

Pada masa sama, Difahamkan ibu kepada Zayn Rayyan yang direman sejak 1 Jun lalu bagi membantu siasatan juga telah tiba lebih awal dengan menaiki sebuah van polis tanpa logo.

Wanita itu dikawal ketat oleh pihak polis sebelum dibawa masuk ke lobi mahkamah pada pukul 10.30 pagi.

Terdahulu Kompleks Mahkamah di sini menjadi tumpuan orang ramai sejak pukul 7.30 berhubung kes reman ibu bapa Zayn Rayyan.

Sebelum ini pasangan itu ditahan dan direman tujuh hari hingga 7 Jun ini di Mahkamah Petaling Jaya bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sebelum itu mereka ditahan di sekitar Puncak Alam.

Pada 7 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar pukul 10 malam.

Loading...
Terkini