comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Keluarga akan bincang penjagaan dua anak jururawat maut ditikam 

Anak Allahyarham Munirah menabur bunga mawar di pusara ibu mereka di Tanah Perkuburan Islam Haji Talib, Kampung Paya Tengah, Beseri, Padang Besar. – FOTO: NSTP

PADANG BESAR: Ibu dan bapa Allahyarham Munirah Abu Bakar akan membincangkan soal penjagaan anak kepada jururawat yang maut ditikam itu bersama keluarga suami mangsa.

Abu Bakar Senapi, 64, berkata pihak keluarga belum lagi memikirkan mengenai perkembangan itu memandangkan kes menimpa arwah anak perempuannya itu baru berlaku semalam.

“Kita akan datang berbincang dengan keluarga besan saya nanti dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, kita belum capai apa-apa keputusan lagi,” katanya selepas pengebumian jenazah Munirah di Tanah Perkuburan Islam Keluarga Haji Talib Kampung Paya Tengah, Beseri petang tadi.

Abu Bakar turut melahirkan kesyukuran kerana segala kerjasama dan kemudahan diberikan sepanjang proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, sehinggalah pengebumian jenazah anaknya.

Terdahulu, jenazah Munirah, 31 yang maut ditikam suaminya di rumah mereka di Padang Nyu, Arau selesai dibedah siasat di HSB dan dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Kampung Paya Tengah, Beseri untuk pengebumian.

Hampir 100 orang terdiri ahli keluarga, sanak saudara, kenalan dan rakan sekerja mangsa di Hospital Tuanku Fauziah hadir.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini