comscore
Tumpuan :
Nasional

Kelantan rekod 2,051 kes denggi, 2 kematian

Foto hiasan

KOTA BHARU: Sebanyak 2,051 kes denggi direkodkan di Kelantan dengan dua kematian dilaporkan sepanjang tahun ini sehingga 7 September lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Husin, berkata kes denggi di Kelantan menyaksikan peningkatan 8.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 1,892 kes.

“Kejadian wabak denggi yang dilaporkan sehingga 7 September adalah 129 wabak, berbanding 150 wabak bagi tempoh sama tahun lalu.

“Daripada 129 wabak yang dilaporkan, 96 sudah tamat, manakala 33 wabak masih aktif. Pada tahun ini, tujuh lokaliti wabak hospot berlaku dengan dua wabak masih aktif.

“Wabak hotspot adalah tempoh wabak yang melebihi 30 hari,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan sudah menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan untuk semua kes dan wabak denggi yang dilaporkan bagi memutuskan rantaian jangkitan.

Katanya, aktiviti kawalan vektor yang dijalankan ialah pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan dan pendidikan kesihatan.

“Sehingga 7 September, 365,741 premis diperiksa tempat pembiakan aedes dan 1,732 kompaun dengan nilai RM866,000 sudah dikeluarkan kepada pemilik premis yang dijumpai terdapat pembiakan Aedes di dalam premis mereka.

“Pengkompaunan dibuat mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini