Tumpuan :
Nasional

Kelantan rakam takziah buat keluarga Hud Aryan

Ahli keluarga hadir di Hospital Tanah Merah (HTM) selepas kanak-kanak, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi ditemui tersangkut pada pokok di tebing sungai Kampung Kerila. FOTO NSTP

TANAH MERAH: Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Hud Aryan Mohd Nor Hafifi yang ditemukan meninggal selepas dilaporkan hilang malam kelmarin.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamed Fadzli Hassan, berkata penemuan mayat Hud Aryan amat memilukan.

“Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada-Nya dan setiap ujian yang menimpa hamba-Nya terkandung hikmah yang hanya Dia Maha mengetahuinya.

“Kami mengikuti rapat perkembangan kes ini sejak awal dan amat tersentuh dengan dugaan berat yang ditanggung oleh keluarga.

“Tiada kata yang mampu menghapuskan kesedihan ini namun kami berdoa semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan dan kekuatan kepada ibu bapa serta ahli keluarga adik Hud Aryan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Katanya, anak syurga itu sedang menanti ibu bapanya di pintu Jannah dalam lindungan rahmat Allah.

Terdahulu media melaporkan, pencarian Hud Aryan yang dilaporkan hilang sejak malam kelmarin, berakhir apabila mayatnya ditemui tersangkut pada pokok di tebing sungai di Kampung Kerila jam 4.15 petang tadi.

Penemuan mayat mangsa itu selepas 45 jam dilaporkan hilang iaitu tiga kilometer dari rumah keluarga mangsa.

Loading...
Terkini