comscore
Tumpuan :
Nasional

Kelantan rakam penghargaan kepada Selangor atas sumbangan RM500,000

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merakam penghargaan kepada kerajaan Selangor khususnya Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari atas sumbangan sebanyak RM500,000 sebagai bantuan musibah banjir.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sumbangan dan bantuan pasukan sukarelawan PANTAS serta SERVE juga amat bermakna kepada mangsa banjir di Kelantan.

“Bagi pihak kerajaan negeri Kelantan, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Selangor khususnya kepada Datuk Seri Amirudin Shari atas sumbangan RM500,000 sebagai bantuan musibah banjir.

“Semoga berkat keprihatinan dan sumbangan pelbagai pihak dapat memberi manfaat kepada mangsa banjir terutama pemulihan pasca banjir,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Terdahulu, kerajaan Selangor menghulurkan sumbangan RM500,000 masing-masing kepada Kelantan dan Terengganu bagi membantu menguruskan banjir yang semakin buruk di negeri berkenaan.

Amirudin berkata, Selangor bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat di dua negeri berkenaan yang dilanda musibah banjir.

Loading...
Terkini