Tumpuan :
Nasional

Kekuatan Kerajaan Perpaduan di Parlimen jelas, tidak boleh digugat 

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa kekuatan Kerajaan Perpaduan di Parlimen adalah jelas dan tidak boleh digugat.

Bahkan, beliau juga tidak menghalang jika ada yang ingin menyerang kekuatan kerajaan ketika ini.

“Kalau ada 50,60 yang menyerang, silakan. Saya tidak mampu menghalang.

“Memang ada peringkat ini kita menang satu tempat, kita kalah satu tempat. Saya tidak fikir itu terlalu banyak masalah. Ia tidak merobah kekuatan politik yang ada” ujarnya dalam Wawancara Khas Setahun Bersama Kerajaan Madani: Tiwikrama Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di TV3.

“Tidak boleh kita hentikan bila orang kata menang satu tempat ini, kita akan ke Putrajaya. Itu adalah politik hambar.

“Kesenangan itu sementara, tetapi kenyataannya tidak begitu.

Ujarnya dalam hukum adat dan politik sekarang itu hanyalah igauan semata-mata dan beliau tidak akan pedulikan.

“Saya tahu kekuatan politik yang ada dan inshaAllah dengan kekuatan itu kita tumpu untuk membangunkan negara dan ekonomi serta membela nasib rakyat.

Tambahnya, negara ini perlu diselamatkan dari politik yang memunggah kekayaan, untuk mengayakan diri dan keluarga.

“Bagi saya setahun saya pegang saya tidak peduli parti mana, saya tidak izinkan amalan ini,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini