comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kekejaman Israel: Pimpinan negara Islam perlu berani beri teguran – PM

 


Oleh: Kumaran Rajamoney

KANGAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pimpinan negara Islam berani menegur dan menyatakan pandangan dalam isu kekejaman yang berlaku ke atas rakyat Palestin ketika ini.

Tegas Anwar, suara pimpinan utama tidak boleh lesu dan perlu dibangkitkan bagi menghalang penindasan berterusan yang dilakukan rejim zionis yang berterusan membunuh rakyat Palestin.

“Perkembangan mutakhir di Gaza menunjukkan berlaku kelesuan suara pimpinan negara Islam, kita hilang upaya dan kekuatan untuk menyatakan sikap keras dan tegas bagi menghentikan kekejaman penjajahan manusia ke atas manusia menyebabkan kerakusan zionis Israel berterusan dengan dukungan negara Barat.”

“Saya tidak mewakili negara besar, saya mewakili negara sederhana dengan kekuatan ekonomi sederhana, tetapi saya tidak boleh lihat kelesuan ini dan terus mengizinkannya. Sebab itu saya terima ini untuk berdepan dalam menyatakan pandangan dan pendirian umat Islam dan majoriti rakyat Malaysia yang berasa hampa dan mengecam kezaliman berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perkampungan Sunnah Siri Kesembilan di Masjid Alwi di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini