comscore
Tumpuan :
Nasional

Kekasih berkelakuan tidak senonoh dalam kereta direman empat hari

Foto tangkap layar video tular

JOHOR BAHRU: Pasangan kekasih direman empat hari bagi membantu siasatan selepas disyaki berkelakuan tidak senonoh dan melanggar kesopanan di tempat awam, Ahad lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurzihan Abdul Rehman terhadap lelaki berusia 29 tahun dan perempuan yang berusia 19 tahun berkuat kuasa hari ini.

Nurzihan membenarkan permohonan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas kedua-dua suspek mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menahan kedua-dua suspek antara jam 11 malam hingga 11.45 malam tadi masing-masing di Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang dan Taman Rinting, Masai.

“Tangkapan dibuat hasil maklumat diperolehi selepas tular di media sosial satu video berdurasi 42 saat yang memaparkan tindakan sepasang lelaki dan perempuan yang berkelakuan tidak senonoh dan melanggar kesopanan di tempat awam.

“Hasil siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi, Ahad lalu di tempat letak kenderaan di Taman Tasik Bandar, Jalan Besar, Pasir Gudang,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih.

Hasil semakan juga mendapati suspek lelaki itu mempunyai satu rekod jenayah lampau.

Loading...
Terkini