comscore
Tumpuan :
Nasional

Kekang jenayah siber dengan RUU bersepadu daripada pelbagai pihak

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) yang bersepadu daripada pelbagai pihak diperlukan untuk mengekang kegiatan jenayah siber yang semakin berleluasa.

Menurut Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, trend jenayah dalam talian pada masa sekarang lebih parah berbanding jenayah narkotik pada masa dahulu.

Katanya, jenayah penipuan siber ini sudah menjadi satu ancaman global dan kesannya lebih bahaya berbanding jenayah narkotik pada masa kini.

Katanya lagi, jenayah dalam talian itu kini membabitkan pelbagai sektor dan bukan hanya wang semata-mata iaitu termasuk sindiket percintaan, pekerjaan, dan banyak lagi.

“Jenayah siber di Malaysia tergolong dalam 70 peratus jenayah kolar putih yang direkodkan dengan kehilangan sebanyak RM2.32 juta ringgit pada tahun lalu.

“Oleh itu, jenayah siber ini memerlukan RUU yang bersepadu membabitkan pelbagai pihak untuk memastikan ia benar-benar mampu dikekang supaya kes jenayah siber tidak terjadi lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lam Thye turut menyambut baik inisiatif kerajaan yang ingin memperkenalkan RUU yang merangkumi semua bentuk jenayah berkaitan siber baru-baru ini.

“Dengan adanya RUU ini, ia dapat menambah baik perundangan sedia ada yang dirasakan tidak mampu menangani kecanggihan dan kemajuan jenayah siber yang berlaku sekarang.

“Justeru, pengenalan RUU jenayah siber yang lebih bersepadu sangat diperlukan bagi memastikan negara kita mampu memerangi jenayah siber yang semakin berleluasa pada masa ini.

Katanya, pencegahan jenayah siber melalui RUU ini dilihat akan mampu menyokong strategi dan tindakan yang diambil kerajaan sekarang dalam menghadapi jenayah ‘job scam’ ataupun ‘love scam’.

“Diharapkan RUU ini akan menjadi langkah proaktif dalam mengekang penularan ancaman jenayah siber yang semakin membimbangkan,” katanya.

Loading...
Terkini