comscore
Tumpuan :
Nasional

Kekal harga lemang sejak lima tahun lalu

TAIPING: Bertujuan untuk memberi lebih ramai menikmati lemang pada hari raya, seorang peniaga sanggup mengekalkan harga makanan tradisional sejak lima tahun lalu.

Walaupun saiz yang lebih kecil, namun ia mempunyai rasa yang sama seperti lemang bersaiz biasa malah menjadi rebutan setiap kali menjelangnya Aidilfitri.

Menurut Muhammad Aliff Mohd Azwan, hampir 100 batang lemang bersaiz kecil dihasilkan sehari bergantung kepada bekalan buluh.

Walaupun kebanyakkan harga bahan mentah telah naik, harga jualan RM5 dikekalkan.

“Buluh-buluh ini memang kami tanam sendiri dua tiga tahun lepas memang kami dah tanam sekarang dah boleh ditebanglah, kira buluh ni
semua sendiri punya, sebab tu kami boleh kekalkan harga sebab buluh ini bukan kami beli, memang kami keluar sendiri,” ujarnya ketika ditemui Buletin TV3.


Bagi memastikan lemang yang dijual berkualiti ia akan dimasak pada jam dua pagi dan akan terus dihantar ke gerainya yang terletak di tepi jalan utama Kuala Kangsar.

Bagi pelanggan, lemang Muhammad Aliff tetap menjadi pilihan mereka bagi juadah Aidilfitri kali ini.

“Memang murah, la ni mana nak dapat kan lima ringgit kan, sebab barang semua mahal kan, tapi ok lah depa ni jual lima ringgit, yang rahmah punya kan, kira berbaloi la untuk rakyat Malaysia,” kata Syalizawati Ayub.

“Kalau cakap betul-betul daripada makcik kan, lemang ni kalau yang besar kalau makan seketul kita dah kenyang tapi yang kecik ni dia sedap
dia boleh ulang-ulang lagi, dan dia menjimatkan lepas tu bagi makcik yang kecik lagi bagus comel kan,” jelas Kamariah Md Yusof.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini