![](https://media.buletintv3.my/2025/02/1FDB4ADC-65F3-4537-B112-8ACB51765138.jpeg)
KUALA LUMPUR: Satu kejadian tembakan dilaporkan berlaku di sebuah pusat membeli belah di Setia Alam, Selangor malam ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian itu dalam satu kenyataan ringkas sebentar tadi.
“Ya betul (kejadian tembakan) dan pasukan polis baru sampai di tempat kejadian, nanti saya (maklumkan) perkembangan kes,” katanya kepada media, malam ini.
Tinjauan Harian Metro dan Buletin TV3 mendapati, polis membuat kawalan keselamatan dan orang awam diarahkan keluar dari pusat beli belah terbabit.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai kejadian terbabit.
Satu kejadian tembakan dilaporkan berlaku di sebuah pusat membeli belah di Setia Alam, Selangor malam ini. pic.twitter.com/ITcokvT7R3
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) February 8, 2025
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.