comscore
Tumpuan :
Nasional

Kejadian tanah runtuh di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap

FOTO: JKR Hulu Selangor/ Facebook

HULU SELANGOR: Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Selangor mengesahkan berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap (FT55), di sini, awal pagi tadi.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 4.15 pagi dengan runtuhan di kawasan terbabit sepanjang kira-kira 20 meter.

“Pasukan bencana kami sudah dimaklumkan berhubung kejadian itu.

“Laluan boleh dilalui, namun masih dalam pembersihan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

JKR Hulu Selangor berkata, laluan itu kemudian dibuka jam 7.15 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini