comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kejadian paling buruk di Flat Sri Sabah – Saksi

Oleh: Aslina Abu Bakar

CHERAS: Kejadian kebakaran di tingkat 17 blok 70 Flat Sri Sabah merupakan kejadian paling teruk pernah berlaku.

Saksi kejadian, Nor Shahidan Mohammed, 38 berkata kebakaran pernah berlaku pada 2021 membabitkan dua rumah di blok 62 manakala tahun lalu membabitkan sebuah rumah.

Nor Shahidan Mohammed, 38

Menurutnya sebelum ini api dapat dikawal cepat kerana tiada masalah pili bomba rosak sepertimana kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 malam.

Dia yang tinggal di tingkat tiga blok sama memaklumkan dia mendengar bunyi kaca berderai jatuh di atas sebuah kereta di tingkat paling bawah sebelum segera memanggil jirannya naik ke tingkat paling atas selepas melihat kepulan asap tebal.

“Saya tengah duduk depan rumah sambil melihat telefon…tiba-tiba dengar bunyi kaca derai jatuh atas kereta di tingkat bawah sekali. Saya terkejut terus saya turun, dongak ke atas penuh asap tebal malah bunyi pun bising..

“Saya terus ajak jiran naik untuk bantu penduduk padamkan api,” katanya.

Tambahnya, selepas tiba di tingkat 17, dia dapati semua penghuni sudahpun turun menyelamatkan diri sebelum cuba menarik hos pemadam api kebakaran namun tidak berfungsi baik.

“Air tidak keluar jadi saya turun ke bawah semula untuk keselamatan,” katanya.

Malam tadi, Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Nordin Pauzi berkata, pihaknya terpaksa menggunakan kelengkapan pam air yang dimiliki untuk diletakkan di tingkat 16 sebelum dapat memadamkan kebakaran itu.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada pukul 9.19 malam sebelum empat balai bomba terdekat di kawasan Cheras telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini